9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, February 10, 2016

Hati-hati Crocs atau Kasut Getah adalah Musuh Utama Eskalator

Selain bahannya yang anjal dan sedap dipakai, warna striking dan design pelbagai membuatkan ramai yang menggemari kasut Crocs. Namun, siapa sangka kasut Crocs mempunyai sejarah yang kurang baik di mana ada bahaya mengancam di sebaliknya. Crocs adalah musuh utama Eskalator.




Beberapa tahun ni telah berlaku banyak kes yang melibatkan Crocs dan eskalator. Kes terbaru di KL Sentral turut tak terkecuali. Kalau kita lihat, kebanyakan kemalangan eskalator yang melibatkan kanak-kanak dipercayai berpunca daripada kasut/selipar Crocs yang dipakai kanak-kanak tersebut ditarik masuk kedalam eskalator.





Kalau kita kaji dan google sebenarnya telah terdapat banyak sangat kajian berkenaan crocs dan banyak negara telah AWARE akan bahayanya Crocs dan eskalator ni. Struktur getah lembut pada Crocs, menjadikan ianya mudah ditarik masuk oleh eskalator. Mudah untuk dikatakan, pemakaian Crocs agak bahaya dipakai oleh mereka yang kurang peka pada bahaya dipersekitaran.






Crocs/ kasut getah masih menjadi kasut yang digemari kerana keselesaannya namun diharap jika anda memakai kasut/selipar jenis Crocs, ambil langkah lebih berhati-hati dan sentiasa AWASI anak-anak kecil agar kemalangan seperti ini tidak berulang lagi.

Gambar: sumber google

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 9, 2016

Cara Guna Banyak Akaun Instagram dalam Smartphone

Akaun instagram dah tak asing lagi di kalangan pengguna sosial media. Selain facebook page rata-rata pengguna sosial media turut menggunakan instagram sebagai platform untuk tujuan personal mahupun bisnes online.
sumber google

Aku salah seorang Pengguna Tegar instagram. Percaya atau tak aku mempunyai lebih 3 akaun instagram untuk personal dan bisnes. Kalau korang buat bisnes online macam aku adalah lebih baik jika kita tidak campurkan urusan bisnes dengan akaun personal. Pelanggan taknak tengok live update korang unless korang ni artis terkenal haha

Same goes to blogger dan business. Kalau korang buat bisnes yang mempunyai niche yang pelbagai sebaiknya jangan campurkan dalam satu akaun instagram. Contohnya macam aku jual barang baby, at the same time aku jual nursing wear untuk ibu menyusu. So aku buat 2 akaun instagram berbeza untuk barang keperluan baby sahaja dan satu lagi akaun untuk pakaian menyusu sahaja. Sama jugak kalau korang ni blogger pelbagai niche macam travel,foods, parenting mungkin boleh separatekan juga kepada beberapa akaun instagram. Got it?

Okay berbalik pada tajuk, aku pasti sebelum ni ramai pengguna tegar instagram yang pening macam manalah nak manage banyak2 akaun instagran dalam satu app. Jenuh kot nak login logout setiap kali nak guna. End up ada akaun yang tak terlogin maka akhirnya lama juga kepam akaun tu tak terupdate. Kan kan.. mengaku je lah hehe (aku la tu haha)

Tapi tu tak jadi masalah sangat lepas otai2 biz aku ada sarankan guna Instagram Clone (salah satunya instwogram) so boleh download multiple instagram clone apps dalam phone cumanya ada beberapa function yang clone tak boleh buat macam aplikasi instagram yang asal.


Haaa sekarang ni korang tak payah nak pening2 kepala lagi sebab Instagram baru je release fungsi baru dalam aplikasinya iaitu boleh login beberapa akaun instagram dalam satu app sahaja di phone/ smartphone korang.

Instagram pun pandai.. diorang dah sedar ramai pengguna tegar yang terpaksa login beberapa akaun instagram menggunakan aplikasi lain (clone)untuk membolehkan mereka login beberapa akaun instagram dalam satu phone. So akhirnya mereka pun perkenalkan satu fungsi baru dalam instagram iaitu 'account switching'.

Bagaimana? Meh aku share

CARA LOGIN BANYAK AKAUN INSTAGRAM DALAM SATU PHONE @ HOW TO ADD AND SWITCH BETWEEN MULTIPLE INSTAGRAM ACCOUNTS

Untuk menggunakan fungsi Account Switching ini, korang kena pastikan yang korang sedang menggunakan aplikasi Instagram versi terkini. Kalau belum, apakata korang ke Google Play Store (kalau android) atau Apple Apps Store (kalau guna iphone)dan update aplikasi instagram korang.

Kalau dah updated bolehlah korang follow step di bawah ni,


1 》 Pergi ke bahagian Profile Instagram korang dan klik pada Setting di bahagian atas kanan


2 》 Scroll bawah dan Klik pada “Add Account”


3 》 Login ke akaun instagram korang selain yang dah login tu. Kalau xde lagi bolehlah Sign up untuk buka akaun baru hehe.


4 》 Berjaya! Lepas tu korang bolehlah pilih untuk tukar akaun Instagram di bahagian atas sebelah kiri. Kalau nak update personal klik pada akaun personal, kalau nak update biz, klik pada akaun bisnes.

Mudah bukan? Tak payah dah susah-susah login logout atau download banyak2 instagram clone hehe dan yang paling best cara ini sangat mudah, jimat masa dan confirm selamat! :)

Share kalau bermanfaat!!

Mode: happy sebab boleh lah aku lenjan duk update instagram lepas ni hahahaha
posted from Bloggeroid

10 Tips Keselamatan Kanak-Kanak Ketika Menggunakan Eskalator

Lagi kes Budak Tersepit Kaki di Escalator. Kaki putus, berlaku di KL Sentral. Tersentak aku bila nampak berita ni lalu di newsfeed FB malam tadi. Mahunya tak, dahlah budak tu sebaya Dhia lingkungan empat tahun, kejadian plak berlaku di KL Sentral je. tempat biasa aku ulang-alik masa kerja sana dulu.. sobs.


Aku tak tahu macam mana dia boleh tersepit tapi aku rasa MALAYSIA perlu buat langkah-langkah lebih drastik dan serius bagi menangani masalah ni dari terus berulang. Ni bukan kes pertama. Dah banyak dah kita dengar kes-kes kemalangan eskalator ni, bukan saja di Malaysia malah di seluruh negara di dunia!

Aku tertarik dengan beberapa komen pada gambar kerja-kerja menyelamatkan di Fanpage Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) yang kita semua boleh ambil dan jadikan panduan. Mohon share ye tuan punya komen.. :)

Iklan di Radio Sinar tu aku tak pernah dengar plak. Mungkin ada kesilapan cara mereka sampaikan khidmat nasihat tu. Wallahua'lam. Kalau info yang mereka bagi silap hopefully bolehlah pihak radio perbetulkan untuk kebaikan bersama.. :)




Bila sebut pasal crocs, a bit shocked jugak sebab aku pun suka bagi Dhia pakai kasut jenis macam ni. Dahla dhia tu suka turun berdiri sendiri (dengan pengawasan aku dan ben) so lepas ni kena EXTRA careful. Tak sangka pula kasut sangat mainkan peranan bila menggunakan escalator ni. Bila aku google rupanya kat negara lain dah lama aware dan banyak kajian dah dilakukan especially ke atas kasut jenis crocs ni. Tak percaya korang boleh tengok video ni.





Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa tapi kita boleh cuba yang TERBAIK untuk mencegahnya daripada berlaku lebih-lebih lagi kita yang mempunyai anak-anak kecil yang belum PEKA kepada tahap keselamatan.

Pagi ni aku buat sedikit googling berkenaan kes ni dan berikut sedikit tips keselamatan yang aku kumpul dan aku share di sini.

10 Langkah Keselamatan Kanak-Kanak Ketika Menggunakan Eskalator
  1. Sebelum menggunakan eskalator, perhatikan pakaian yang bertali atau labuh supaya tidak terperangkap di antara alur eskalator.
  2. Pastikan anda pegang kuat pemegang tepi eskalator dan sentiasa berpegang tangan dengan anak sepanjang berada di atas eskalator yang bergerak. Larang anak-anak daripada memegang susur tangan kerana pergerakkannya yang laju boleh mengejutkan mereka.
  3. Pastikan anak tidak bermain, tidak bersandar di tepi atau duduk di atas eskalator yang sedang bergerak.
  4. Jangan menggunakan stroller/ kerusi roda ketika berada di atas eskalator. Cuba cari alternatif lain seperti elevator (lif) seboleh mungkin. Terdapat kajian yang dilakukan daripada 13,000 kejadian kanak-kanak yang berkaitan dengan kemalangan menggunakan eskalator, 723 kes adalah melibatkan Stroller. So, sayang anak ke sayang masa? Adalah lebih baik kalau kita luangkan sedikit masa untuk berjalan ke lif untuk menggunakannya sebelum terjadi perkara tak diingini. kan?
  5. Mendukung anak ketika menggunakan escalator. Ini adalah lebih baik lebih-lebih lagi kalau anak-anak kita tu masih terlalu kecil dan belum mahir untuk imbangkan badan ketika berada di atas eskalator dan ketika nak keluar dari platform. Sedangkan kita yang dewasa ni pun kadang-kadang teragak2 bila waktu perlu langkahkan kaki keluar dari eskalator. betul tak? Kalau anak-anak kita berdiri sendiri masa guna eskalator seeloknya masa dah sampai hujung sebelum melangkah tu angkatlah mereka keluar, to be safe.. :)
  6. Melangkah ke atas 'comb plate'. comb plate ni yang biasanya terdapat di hujung escalator sebelum melangkah keluar. benda alah ni kalau korang tak tahu sebenarnya merupakan alat keselamatan untuk mengelakkan pengguna berkemungkinan untuk terperangkap di antara jurang langkah dan comb tu. so make sure kita berpijak kat atas tu dan 'mendarat' lah dengan selamat.. :P
  7. Berdiri betul-betul di tengah-tengah eskalator. Elakkan berdiri terlalu dekat dengan bahagian tepi eskalator. tidak terlalu ketepi tidak terlalu kedepan atau kebelakang. TENGAH-TENGAH. Sentiasa kekalkan jarak di antara kasut atau selipar dengan bahagian tangga yang sedang bergerak. 
  8. Cuba elakkan memakai kasut yang fleksibel. Kajian menunjukkan terdapat Crocs atau jenis kasut yang sama yang boleh menyebabkan kemalangan eskalator. Jika kedudukan kaki anak anda berada di tepi eskalator, ia boleh menyebabkan geseran dan mendapat risiko untuk kami terperangkap di dalamnya. 
    sumber google
  9. Perhatikan keadaan persekitaran sebelum menggunakan eskalator. Kita mungkin aware dengan anak kita tapi kadangkala kita tak perasan dengan orang lain disekeliling.Berhati-hati dengan pengguna-pengguna lain yang mungkin tergesa-gesa menuruni/menaiki eskalator tanpa hiraukan pengguna lain terutama anda yang mempunyai anak kecil. Pengguna-pengguna ini mungkin boleh tertolak anak anda. So sebagai langkah keselamatan seeloknya biarkan ruang tangga yang kosong beberapa langkah sebelum menggunakannya.
  10. Perhatikan setiap gerak langkah anak. anak-anak yang masih kecil belum faham apa erti keselamatan so as parent kena selalu peka. Jangan buat benda lain macam tengo HP ke, borak2 ke.. etc. Pastikan anak tak berlari, bermain, duduk atau cuba mengambil objek yang mungkin jatuh ketika berada di atas eskalator. Ini boleh menjadi punca kepada kejadian yang tak diingini
Kalau sebelum ni aku 'kurang' beri perhatian pada hal-hal macam ni di eskalator lepas ni kena lebih berhati-hati. TAK BOLEH biarkan dhia dengan perangainya yang suka nak buat semua benda sendiri especially bila turun eskalator ni. Lagi satu bab kasut tu. Kes semalam kat KL Sentral tu pun budak tu memang pakai kasut jenis crocs tu. Tapi daripada apa yang aku baca ada saksi kejadian cakap masa benda tu jadi budak tu main seret2 kaki kat tepi eskalator tu (correct me if i'm wrong), so memang mengundang bahaya sangat. 

Pendek kata bagi aku, budak-budak ni bukan faham bahaya ke tak ke. Kita yang dewasa as parent ni la patutnya kena main PERANAN besar. wajib extra careful. jangan biarkan anak tanpa pengawasan. benda kalau nak jadi sekelip mata je boleh jadi... :(

Other than that, bagi aku sudah tiba masa pihak berwajib ambil langkah-langkah untuk educate pengguna/ orang ramai. Educate maksud aku tidak hanya cukup dengan menampal poster-poster amaran di eskalator tapi lebih kepada melakukan kempen-kempen lain. Bukan apa, setakat poster-poster amaran atau tanda bahaya ni kadang-kadang kita tak berapa alert, tak berapa nak aware dan baca. Mungkin pihak-pihak sepatutnya boleh lakukan kempen kesedaran dengan memberi talk, atau menggunakan laman-laman sosial untuk menekankan bahayanya ketika berada di atas eskalator. Langkah-langkah keselamatan ketika menggunakan eskalator pun boleh dititiberatkan melalui platform-platform sebegini. 

With hope, dengan penambahbaikan sebegini takkan ada lagi kejadian-kejadian tak diingini seperti ini terjadi terutamanya kepada anak-anak kita.. :(


Sunday, February 7, 2016

Dhia dan Taska

Dhia Register Taska Permata

Dah masuk Februari tapi baru berkesempatan bercerita pasal Dhia dan pengalamannya ke Taska.

Dari tahun lepas Dhia beriya request nak pergi school maka aku pun cuba apply Taska Permata untuknya. Alhamdulillah. Hujung Disember dapat surat diterima masuk. Masa gi registration pun Dhia nampak teruja sangat nak ke school. Aku pun eksaited yela pengalaman pertama kali hantar anak g school haha. Taska aje punnn.. :)



Bulan Pertama

Hari pertama Dhia gi sekolah pagi tu menangis juga. Tapi sekejap je sedih sebab kena tinggal ngan mami.. tapi tak lama tu dia okay.


Dhia behave dan happy untuk hari2 berikutnya untuk tempoh sebulan ni.. setiap hari balik sekolah bercerita macam2 dengan mami.. hari2 sebut 'mami esok dhia nak gi school lagi tau'.. nak kejut pagi pun senang bisik je school kat telinga dia berdesup dia bangun haha. 



Mood Swing


Everything change bila masuk bulan kedua. Tiba2 je last day sekolah minggu akhir Januari haritu dhia cakap 'mami dhia taknak g school lagi.. dhia nak g school lain'... bila mami tanya kenapa dhia cakap 'cikgu marah dhia xnak makan ayam'.. ah sudah takkanlah sampai mcm ni kot.. aku pun pujuk2 lah cikgu bukan marah.. bla bla bla..

Sepanjang weekend dia asyikla sebut suruh hantar school lain.. dan ulang2 cakap cikgu marah dia sebab tak makan ayam. Hurm.. ingatkan bangun pagi Isnin tu dia dah lupa semuanya tapi still cakap taknak pergi school.. nak school lain.. adeh.. puas juga pujuk. 


Sampai depan Taska dhia langsung taknak masuk. Tak seperti hari2 sebelumnya sampai je bukak kasut dan terus masuk dalam simpan beg n main dengan kawan2. Tapi haritu everything change. Dhia was not happy. Dia berkeras cakap taknak school. Bila tanya dia still cakap cikgu marah sebab taknak makan ayam. Hurm.. masa tu cikgu yang dia maksudkan tu tak datang lagi so aku bgtau cikgu sorang lagi yang dhia mengadu macam tu. Cikgu tu pun alert n cuba pujuk dhia masuk. Dah okay sikit aku tinggalkan je die. Balik tu dia okay je. 

Ingatkan esoknya oklah die. Tapi tetap sama. Even lagi worst pula bila dia melalak aku nak tinggalkan. Pujuk2 langsung taknak. Sudahnya cikgu kata bawa je balik. Hurm. Tak sedap pulak aku rasa. Balik tu aku text cikgu yang incharge Dhia (cikgu sama yang dhia kata marah dia). Aku luahkan lah A-Z. Cikgu tu cakap hari yang mood dia swing tu dia takde pun tegur dhia xnk makan ayam.. n dia kata cikgu2 mmg takkan paksa kalau anak2 taknak makan. Which is dia nak cakaplah dhia mengadu kena marah tu tak betul. 

End up aku mintak maaf je kat cikgu. Aku tak salahkan dia pun. Aku cuma cakap nak bertegas ngan dhia tu tegaslah kalau dia tak dengar kata cumanya bila jadi macam ni aku nak cikgu2 pujuk dia balik. Sebab mood dia swing dekat taska. Mood dia swimg sbb 'something was KILLED her happy mood'... aku a bit terkilan bila tiba2 je dia jd tak happy ke Taska sedangkan sepanjang bulan Januari dhia sangat teruja dan happy.. :(

Esoknya hari ke 3 dan ke 4 aku hantar dhia macam biasa walaupun dia melalak nak keluar anak tekak. Saje aku nak tengok apa action yang diorang akan ambil dan ada perubahan tak pada mood dhia (which is aku nak dia happy balik)


Hari ke 3 tu cikgu wassap dhia okay boleh ikut aktiviti cikgu cakap dia tanya kenapa dhia nangis dhia jawab dia taknak pergi makan (ada canteen area) dan tak nak tidur dalam bilik. So cikgu assume dhia masih tak boleh nak ikut aturan (disiplin) taska. So 2 hari tu mmg dhia tak brp nak makan sangat sbb cikgu taknak paksa. Waktu tidur pun dia main sendiri tak tidur pun. Haihla.. 

End up petang last day minggu tu ben kata berhentikan dhia terus. I was like... errr.. betul ke ni. Malas nak pikir masa amik dhia tu aku cakap dekat cikgu nak stopkan dia. Cikgu pun tak banyak cerita iyekan saje niat aku dan kemas barang2 dhia.. fee bulan feb pun cikgu cakap tak payah bayar.

So lepas CNY ni takdelah ke Taska Permata dah. Plan kami nak hantar trial seminggu ke Taska lain. Tapi tengok camne nanti.. kalau tak duduk rumah je la nakkk.. mami kan ada. Mami lagi garang dr cikgu hahahah..

Wednesday, February 3, 2016

Mood Menulis Blog

..........................


..........................


...........................








..................................




Arghhhhhhhhh!!!!! WAHAI IDEA DAN MOOD MUNCULLAH DIKAU!!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers